TUDUNG CHIFFON JASMIN

In syaAllah koleksi tudung seterusnya dari kami ialah tudung chiffon Jasmin. Untuk batch kali ini, hanya saiz L kami tawarkan. Saiz XL dan XXL in syaAllah akan kami tawarkan selepas sambutan Hari Raya Adha, in syaAllah.

Jasmin disempurnakan dengan menggunakan material chiffon dan hard awning sahaja (tiada soft awning). Nilai tambah koleksi ini ialah perincian bunga-bunga kecil dijahit pada bahagian hadapan tudung. Dan di tengahnya dihiasi batu swavroski. Cukup anggun dan santun untuk digayakan.

Kami menjangkakan sambutan yang hangat untuk koleksi Jasmin ini. Jadi…cik puan stay tuned ya! 🙂

KURUNG MODEN REGINA PROMO 1

KHUSUS BUAT CIK PUAN YANG MAHU MENDAPATKAN BAJU KURUNG MODEN LYCRA YANG TERKINI, SANTUN & BERKUALITI
===================================
* Baju kurung moden Regina V (batch ke 5) kami tawarkan buat anda yang mementingkan busana berkualiti, mudah urus, praktikal, santun dan elegan. Kepercayaan dan rasa puas hati para pelanggan menjadikan koleksi ini pilihan yang dinanti-nanti.
* Koleksi ini menggunakan material lycra yang lebih tebal (berbanding batch sebelumnya). Ia juga flowy, elok terletak (tidak melekap jika memilih saiz yang tepat), ironless, tahan lasak, selesa, tidak jarang dan tidak panas. Ia menjadi pilihan ideal dan praktikal bagi wanita yang sentiasa ingin bergerak pantas, tidak suka leceh menggosok namun tetap mementingkan penampilan.
* Baju (top) diilhamkan dengan potongan kurung moden yang santun. Manakala kainnya adalah bergetah sepenuhnya di pinggang (tiada zip) dan berpotongan kembang lepas, membantu anda bergerak bebas dan selesa.
* Nak bergaya tapi masih menyusukan baby? Kurung Regina V sama seperti batch sebelumnya dijahit dengan zip tersembunyi (nursing friendly). Ia juga mempunyai kemasan getah pada lengan baju (mesra wudhu)
* Hadir dalam 9 warna super rich iaitu dusty rose, raspberry, coral, emerald, blue turquoise, pink blue, peach, red flower, dan blue cocoa. Terdapat dalam saiz S, M, L , XL, XXL dan XXXL.
* Kami tawarkan pada harga super berbaloi iaitu hanya RM119 sepasang termasuk kos pos ke seluruh Malaysia.
===================================
BAJU KURUNG MODEN REGINA V (MESRA PENYUSUAN)
============================ Read More →