Assalamualaikum Cik Puan yang budiman,

Sebagai tanda terima kasih atas kepercayaan dan sokongan Cik Puan terhadap kami, Saeeda Collections mengorak langkah setapak lagi bagi menjalinkan komunikasi yang lebih baik dan berkesan.

Ini kerana, kami juga adalah pengguna seperti anda. Seorang pembeli akan hanya memberikan wang mereka (membeli) pada dua keadaan. Pertamanya, setelah mempunyai kepercayaan terhadap peniaga yang menjual. Dan keduanya, apabila nilai yang mereka terima adalah sepadan atau lebih besar daripada apa yang mereka bayar.

Medium fanpage dan web perniagaan adalah sangat terfokus kepada pemasaran. Menggunakan kedua-dua ini sebagai medium komunikasi adalah sedikit terhad. Sedangkan kami mempunyai hasrat yang sangat besar untuk membina jalinan yang lebih teguh berteraskan kepercayaan dan nilai.

Untuk itu, sukacita kami perkenalkan kepada anda siapa kami dan apa celoteh kami menerusi web kami iaitu http://ummuizzuddeen.com

Kami akan menjadikan ia sebagai medium komunikasi dan perkongsian khusus kepada 3 perkara iaitu fesyen, motivasi dan Ekonomi.

Semoga ia menjadi pemangkin jalinan yang lebih baik. Semoga menerusinya kepercayaan akan dapat membuahkan urusniaga yang lebih diberkati.

Selaras dengan saranan Al Quran… “melainkan perniagaan itu dilaksanakan dengan adanya redha meredhai antara kamu”
Semoga anda redha berurus niaga dengan kami.

Nukilan;

SAK, Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Navigation